Kenapa perlu ambil Omega 3?
Omega 3 dikenali sebagai asid lemak Omega 3 yang merupakan sejenis lemak baik yang boleh didapati daripada ikan, telur, kekacang dan sayuran seperti bayam dan brokoli.
Apakah perbezaan antara Omega 3 daripada ikan dan kekacang dan sayur-sayuran. Jawapannya, Omega 3 yang terdapat pada ikan dikenali sebagai DHA dan EPA dan di dalam sayuran dikenali sebagai ALA.
DHA dan EPA mempunyai manfaat yang lebih berbanding ALA. Namun begitu sebahagian kecil daripada ALA akan ditukarkan kepada EPA dan ALA oleh badan.
Fungsi Omega 3
- Omega 3 dipercayai boleh mengurangkan risiko penyakit jantung
- mengurangkan simptom kemurungan
- melegakan sakit sendi
- mengurangkan risiko penyakit kanser
Omega 3 juga dipercayai dapat mengurangan risiko ritma jantung yang abnormal, mengurangkan kadar lemak yang tidak sihat di dalam badan dan melambatkan kadar pembinaan plak-plak lemak di dalam salur darah atau dikenali sebagai arteriosklerosis (penyebab penyakit darah tinggi dan penyakit jantung).
Kebaikan Omega 3
- Kolesterol rendah
- Tekanan darah rendah
- mencegah penyakit kardiovaskular
- meningkatkan daya ingatan
- mencegah beberapa jenis kanser
- perlindungan terhadap alzheimer dan dementia
- mengurangkan keradangan
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Kuching, Sarawak dan boleh membuat penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee bolehlah hubungi saya.
Hubungi saya:
Lyd Othman
ID: 892196
Hp: 019-8099621
Email: lydothman@yahoo.com
FB page: My Health Station


No comments:
Post a Comment