Saturday, 28 December 2013

Day 19 : if you could Change one thing about the world, what would you change and why?


Sekiranya saya boleh mengubah sesuatu di dunia ini, saya inginkan semua manusia yang tinggal di dunia ini menggunakan teknologi hijau. Ini kerana keadaan dunia sekarang amat membimbangkan dari segi pencemaran alam sekitar, kesan rumah hijau, 'climate change'

Sekiranya tidak diubah dari sekarang, bagaimanakah anak cucu kita akan hidup di masa akan datang disebabkan kelekaan kita terhadap alam sekitar pada masa sekarang?


Adakah anak cucu kita akan seperti ini suatu hari nanti?Ini yang anda mahukan?


Oleh itu, hari ini saya ingin terangkan tentang Teknologi Hijau yang saya petik dari sebuah blog yang telah saya baca:





Apakah itu teknologi hijau? Teknologi hijau merupakan pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi. Ia juga dapat meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Ia adalah produk-produk aplikasi inovatif yang tidak merusak lingkungan dan tidak beracun untuk tubuh manusia. Teknologi hijau juga dikenali sebagai “teknologi ramah lingkungan”. Sesuatu produk, peralatan atau sistem teknologi hijau perlu memenuhi beberapa kriteria. Kriteria-kriteria tersebut ialah meminimumkan degrasi kualiti alam sekitar dan  mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau( GHG) yang rendah atau sifar. Produk itu akan selamat digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan. Selain itu, ia juga menjimatkan tenaga dan sumber serta menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Objektif Dasar Teknologi Hijau Negara dilaksanakan adalah untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi. Objektif kedua ialah membantu pertumbuhan dalam industri teknologi hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara. Ia juga berobjektif untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan teknologi hijau dan meningkatkan daya saing dalam teknologi hijau di persana antarabangsa. Selain itu, teknologi hijau memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang serta meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap teknologi hijau dan menggalakkan penggunaan meluas teknologi hijau.

Terdapat empat tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Dari aspek tenaga, teknolgi hijau akan mencari kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa yang sama mempromosikan kecekapan guna tenaga. Contoh dasar ialah kerajaan akan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau (MTH) yang berperanan sebagai badan penyelaras peringkat tertinggi di kalangan kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan utama. Dari aspek alam sekitar, kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan dan dipelihara. Dari aspek ekonomi, teknologi hijau meningkatkan pembangunan ekonomi negara. Dari segi sosial pula, kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan.

Setelah Dasar Teknologi Hijau Negara dilaksanakan, terdapat kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat sektor utama iaitu sektor tenaga, sektor bangunan, sektor air dan pengurusan sisa dan sektor pengangkutan. Sektor tenaga berpecah kepada sektor bekalan tenaga iaitu aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial dan sektor pembangunan tenaga ialah aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga. Dalam sektor bangunan, Teknologi Hijau diterima pakai dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan.

Dalam sektor air dan pengurusan sisa pula, Teknologi Hijau digunakan dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah. Manakala dalam sektor pengangkutan, ia memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam. Contoh produk ialah produk bintang Toyota di IIMS iaitu Prius. Prius merupakan kendaraan yang menerapkan teknologi motor listrik dan mesin, yang menghasilkan emisi gas buang sangat rendah, sehingga hemat bahan bakar. Toyota menyebut teknologi yang dikembangkan pada Prius ini sebagai Toyota Hybrid System (THS).

Kajian tentang teknologi hijau yang masih terus dikembangkan dan merupakan kecenderungan teknologi di masa datang. Antara ruang lingkup teknologi hijau adalah: Energi terbarukan (renewable energy); Bangunan hijau/ramah lingkungan (green building); Kimia hijau (green chemistry) dan Teknologi Nano Hijau (green nanotechnology). Isu Energi merupakan isu yang terpenting dalam teknologi hijau yang termasuk didalamnya penelitian sumber energi alternatif (minyak, gas dan batubara), sebagai upaya untuk menghasilkan energi yang dapat diperbaharui dan efisien.

Thursday, 26 December 2013

Day 18 : Things that make you scared

Sungguh Besar kuasa Allah s.w.t.
Kenangan tahun 2004 memang memberikan kenangan dan menunjukkan betapa besar kuasa Allah..
Semoga semuanya Baik-baik sahaja..Amin..

Sentiasalah kita mengucapkan dua kalimah syahadah..Allah adalah tuhan yang kita, dan Nabi Muhammad s.a.w rasul kita...

Tuesday, 24 December 2013

Day 17 : 3 Things You Are proud of About your Personality?


Nak tahu personality sendiri?agak sukar untuk dinilai oleh diri sendiri. Tapi apa yang dapat saya lihat untuk diri saya, kebanyakan orang akan lihat saya sebagai seorang yang garang. Ya, pelajar saya yang tidak kenal dengan saya pasti akan mengatakan yang saya garang..Saya sangat suka sebab garang sebab student saya ada rasa takut dengan saya...Actually, bukan garang...Tegas...Almaklumlah..anak sulung lah katakan..mestilah tegas dalam melakukan apa-apa.

Yang kedua; Sabar..Saya memang tanamkan dalam diri saya untuk sentiasa bersabar menghadapi rintangan dan dugaan walaupun amat sukar untuk mempertahankan kesabaran itu..

Yang ketiga;
Berusaha untuk melakukan sesuatu hingga berjaya..Insya Allah siapa yang berusaha pasti suatu hari nanti akan berjaya...itulah saya...hehe



Monday, 23 December 2013

Day 16 : The best things to happen to you this week


Sungguh tricky cabaran entry untuk hari ini..The best things yang akan berlaku pada minggu ini..Apa yang bagus yang akan berlaku kepada saya?

Saya harapkan semua yang baik-baik sahaja yang akan berlaku. Memandangkan minggu ini adalah minggu terakhir di bulan Disember dan minggu terakhir bagi tahun 2013, adalah amat diharapkan dan saya berdoa agar target dan hajat saya akan tercapai.. InsyaAllah..

Kena bagitahu ke? ok, tak boleh nak dinyatakan semua di sini tapi antaranya ialah target untuk mendapat rank Supervisor dalam Shaklee. Harapan saya dan saya tidak akan berputus asa berusaha kerana waktu masih ada dan tidak mustahil keajaiban boleh berlaku.

Harapan saya, agar minggu ini memberikan detik paling manis bagi saya dan keluarga.. Amin....

Sunday, 22 December 2013

Detoks Secara Selamat dengan Herb-lax Shaklee

Apabila tahap toksin di dalam badan adalah tinggi, adalah amat digalakkan untuk detoks.Bagaimana kita tahu yang badan kita mempunyai tahap toksin yang tinggi? Antara simptom-simptomnya ialah
  • Sering sembelit/cirit birit
  • Berat badan naik
  • Badan sering letih dan lesu
  • Timbul jerawat
  • Kurang tumpuan 
  • Cepat marah
  • Sering sakit kepala, leher dan tengkuk
  •  
Simptom di atas menunjukkan yang tahap toksin di dalam badan adalah tinggi dan badan perlu detoks. Apa itu detoks?

Detoks atau nama lainnya adalah detoksifikasi iaitu proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan najis perlu dikeluarkan melalui pembuangan air besar.  Selain itu juga, dengan melakukan detoks, proses penyerapan vitamin/suplemen dapat dilakukan dengan lebih sempurna.

Sekiranya banyak toksin dalam badan, seseorang itu mungkin akan mengalami masalah sembelit dan sembelit akan menyukarkan proses untuk detoks. Apakah cara lain yang boleh dilakukan untuk detoks secara selamat.

Anda boleh detoks secara selamat dengan herblax Shaklee. Herblax telah menjadi "hot item" Shaklee sejak akhir-akhir ini sebab sering kehabisan stok.



Perbezaan Herblax Shaklee
  • Ramuan asas produk terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi dapat.
  • Mengandungi 9 bahan herba semulajadi; alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root.

Manfaat Utama Herblax Shaklee
  •  Pembersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihan yang lembut boleh mengembaikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan secara langsung membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Kuching, Sarawak dan boleh membuat penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee bolehlah hubungi saya.

Hubungi saya:
Lyd Othman
ID: 892196
Hp: 019-8099621
Email: lydothman@yahoo.com
FB page: My Health Station

Day 15 : Something You Miss


Saya terlepas untuk untuk update entry challenge semalam dan terlepas juga menonton masterchef all star yang memang saya tunggu-tunggu...hehe..kenapa? Seharian atas urusan di luar, akhirnya kepenatan di waktu malam dan tertidur...

Tapi, itu tidak memjadi alasan untuk tidak update blog kerana sekarang saya tengah berblog! Begitu juga dengan masterchef.. Tak de nak risau sangat sebab astro mesti ada ulangan...

Ok, selamat berblog semua!

Day 14 : Favorite Place to Eat

Terlewat sehari untuk saya update tajuk entri pada hari ini. Tapi tak apa, walaupun lewat entri semalam tetap akan dilaksanakan.

Apakah tempat makan favorite saya dan suami? Jawapannya Sudah tentulah tempat makan yang ada seafood sebab kami berdua adalah penggemar makanan laut. Kalau di Kuching, tempat makan menarik yang menjadi pilihan kami adalah di Medan Tempat Letak Kereta Topspot.. Memang diakui majoriti kedai makan di Topspot adalah kedai makanan Cina. Untuk mengelakkkan rasa was-was kami berdua lebih senang untuk Makan di Muslim Seafood yang turut berada di situ.

Pelbagai makanan laut ada di sini. Semuanya sedap belaka..Ikan Stim, ambal, sayur midin belacan..ummpph sedap tak terkata.

Apakah favorite kami?Ini dia

Yang mesti menjadi menu kami ialah Udang Galah masak Kari..memang kegemaran kami berdua..


Yang ini pula ialah Ambal..masak pedas dan yang tak nampak tu adalah sayur midin..

Bagi anda yang datang ke Sarawak, datanglah ke Topspot dan makanlah di Muslim Seafood..Memang sedap dan pasti akan memuaskan hati anda...



Saya adalah pengedar sah Shaklee di Kuching, Sarawak dan boleh membuat penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee bolehlah hubungi saya.

Hubungi saya:
Lyd Othman
ID: 892196
Hp: 019-8099621
Email: lydothman@yahoo.com
FB page: My Health Station

Friday, 20 December 2013

Kurus Secara Sihat Dengan OmegaGuard Shaklee

Sekarang, permintaan terhadap produk kuruskan badan memang macam pisang panas.Di mana sahaja produk kurus diperkatakan. Tetapi adakah semua produk kurus itu selamat?Kurang pastikan. Namun begitu, OmegaGuard Shaklee boleh membantu anda kurus secara sihat. Tak nak lah cepat je kurus, tetapi memberikan kesan buruk kepada kesihatan badan. Bagaimanakah OmegaGuard Shaklee boleh membantu untuk kurus secara sihat?


Bagaimanakah OmegaGuard boleh membakar lemak?

Asid Lemak omega-3 membantu anda membakar lemak dengan membantu badan anda bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon yang dipanggil Leptin (Leptin adalah perkataan Yunani bagi nipis)
  • Leptin memberitahu badan anda (otak anda) untuk mengurangkan selera makan anda supaya anda boleh mengekalkan atau mengurangkan berat badan
  • Leptin meningkatkan metabolisme anda dengan meningkatkan pengeluaran tiroid anda (tiroid anda mengawal metabolisme anda)
  • Leptin juga menyebabkan badan anda untuk membakar lemak untuk tenaga
  • Jika badan anda tidak bertindak balas dengan baik terhadap Leptin maka sebaliknya berlaku – Anda akan lapar, dan anda akan menyimpan lebih banyak lemak
  • Anda boleh mengambil Omega-3 lemak untuk membantu badan anda bertindak balas lebih baik untuk Leptin jadi anda boleh meningkatkan metabolisme membakar lemak anda 
Kesimpulannya, OmegaGuard Shaklee membantu anda untuk mengurangkan selera makan dan juga membakar lemak dengan lebih cepat.


"Several studies from "The American Journal of Nutrition" and "International Journal of Obesity" suggest that 1.5 to 2 grams daily of fish oil can produce weight loss of a couple of pounds over a month or so. Studies, such as those described at "The American Journal of Nutrition," indicate that exercise and fish oil contribute independently to weight loss. Those who took fish oil and exercised lost more than those who just took fish oil or exercised. Fish oil appears to enhance weight loss, at least in part, by increasing fat metabolism."

 http://www.livestrong.com/article/332848-omega-3-dose-for-weight-loss/

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Kuching, Sarawak dan boleh membuat penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee bolehlah hubungi saya.

Hubungi saya:

Lyd Othman

ID: 892196

Hp: 019-8099621

Email: lydothman@yahoo.com

FB page: My Health Station