Wednesday 7 September 2016

Stress Menyebabkan Hipertensi

Salah satu sebab Lyd menghidap hipertensi ataupun tekanan darah tinggi adalah stress. Faktor kerja yang banyak menyebabkan emosi terganggu dan akhirnya menjadi stress.

Di dalam dinding jantung dan beberapa pembuluh darah terdapat suatu reseptor yang selalu memantau perubahan tekanan darah dalam arteri dan vena. Jika berlaku perubahan, reseptor ini akan memberikan isyarat ke otak agar tekanan darah kembali normal.  Otak akan menangkap isyarat tersebut dengan melepaskan hormon dan enzim yang mempengaruhi pergerakan jantung, pembuluh darah dan ginjal.

Apabila stress terjadi, yang terlepas adalah hormon epinefrin atau adrenalin.  Aktiviti hormon ini meningkatkan tekanan darah secara berkala. Jika stress berpanjangan, peningkatan tekanan darah menjadi kekal.

Mengenali Hipertensi

Hipertensi atau darah tinggi adalah penyakit berkaitan jantung dan pembuluh darah yang serentak dengan peningkatan tekanan darah.  Hipertensi selalunya tidak menunjukkan tanda-tanda bahaya. Disebabkan tanda-tanda ini tidak dapat dikenalpasti, maka ramai yang mengabaikannya.

Berapakah nilai tekanan darah disebut normal? Bila pula disebut tinggi?

Tekanan darah terbahagi kepada dua iaitu sistolik dan diastolik.
Sistolik adalah tekanan dalam arteri yang terjadi ketika darah dipam dari jantung ke seluruh tubuh.
Diastolik pula ialah sisa tekanan dalam arteri ketika jantung berehat.

National Institute of Health, Lembaga Kesihatan Nasional di Amerika mengklasifikasikan tekanan darah seperti berikut;

Tekanan Sistolik:

< 119mmHg       : Normal
120 - 139mmHg : Pra Hipertensi
140 - 159mmHg : Hipertensi peringkat 1
> 160mmHg       : Hipertensi peringkat 2

Tekanan Diastolik:

<79mmHg          : Normal
80 - 89mmHg     : Pra Hipertensi
90 - 99mmHg     : Hipertensi peringkat 1
> 100mmHg       : Hipertensi peringkat 2

Sekiranya didapati tekanan darah adalah pada tahap hipertensi, segeralah berjumpa doktor untuk menurunkan kembali tekanan tersebut.

Tuesday 6 September 2016

Tekanan Darah Tinggi di Usia Muda

Tekanan darah tinngi ataupun lebih dikenali sebagai hipertensi memang sudah diketahui umum pada masa kini. Akan tetapi tekanan darah tinggi selalu dikaitkan dengan orang yang sudah berumur. Bagaimana pula dengan usia muda? Ada ke yang mengalami tekanan darah tinggi di usia muda?
Ya. Semestinya ada. Antaranya adalah saya sendiri.

Pada mulanya lyd pandang remeh pada tekanan darah tinggi ni. Ingatkan hanya perkara biasa bagi yang dah meningkat umur 20-an. Lyd dikenalpasti ada darah tinggi ni sewaktu memeriksa tekanan menggunakan alat tekanan darah tinggi di rumah kawan. Setelah banyak kali bacaan tekanan masih tinggi.

Oh ya. post seterusnya Lyd akan ceritakan berapakah bacaan bagi tekanan darah tinggi ni ya!

Sewaktu mendapat tahu ada tekanan darah tinggi adalah sewaktu umur saya 27 tahun. Tetapi saya tak pernah ke klinik dan mengambil ubat. Just buat tak tau je.hehe

Sehinggalah Lyd berkahwin pada umur 29 tahun pada tahun 2010 barulah Lyd mengambil berat tentang kesihatan ni.Sejak tu barulah ke klinik untuk membuat pemeriksaan lanjut,dan terus dirujuk ke klinik pakar hospital umum..ish..barulah tahu tekanan darah tinggi ni boleh menyebabkan kegagalan jantung dan boleh membawa maut!

Bacaan tekanan darah lyd selalunya adalah 150/100..tinggi kan! tapi yang pelik tak rasa apa-apa pun. Orang lain, ada yang pening kepala, dan ada yang sampai rasa nak pengsan. Itu yang menyebabkan lyd rasa macam sihat je..Doktor pun pelik dan selalu mengatakan lyd ni umur muda lagi, badan kurus, Tapi tekanan darah tinggi.Hurm...

Selain pemeriksaan darah secara berkala dilakukan, macam-macam pemeriksaan dibuat untuk mendapatkan punca kenapa lyd mendapat tekanan darah tinggi terlalu awal.

Pemeriksaan jantung dan buah pinggang dijalankan. Alhamdulillah tak da masalah.
Akhirnya disimpulkan bahawa Lyd ada 'Young Hypertension', mungkin berpunca dari genetik sebab mak ada tekanan dari tinggi juga dan mungkin faktor kerja disebabkan stress. Sentiasa stress lama kelamaan menyebabkan tekanan darah tinggi..

Tekanan darah tinggi ini disebut juga sebagai hipertensi primer iaitu yang tidak diketahui puncanya. Hipertensi primer banyak terjadi iaitu sekitar 94% daripada masalah hipertensi, Dengan kata lain sebahagian besar hipertensi tidak dapat dipastikan puncanya.

Friday 5 August 2016

PROMOSI SHAKLEE OGOS 2016


Promosi Shaklee bagi bulan Ogos yang best pada tahun ini adalah OSTEMATRIX dan VITALEA for Children.


Ostematrix

  • Buy 2 Get 5% off
  • Buy 7 at  6





Vitalea for Children


  • Buy 4 at 3



Dapatkan Ostematrix dan Vitalea for Children pada harga yang amat berpatutan pada bulan ini ya!!

Hubungi Lyd Othman
Pengedar Shaklee Kuching
019 809 9621

Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Kuching, Sarawak

Sunday 10 May 2015

SELAMAT HARI IBU 2015

Assalamualaikum..bertemu kembali kita ke ruangan yang tidak seberapa ini..Hari ini tanggal 10 Mei 2015 merupakan hari buat ibu-ibu sedunia..Kita ingin meraikan ibu-ibu yang telah melahirkan,membesarkan,menjaga dan berkorban demi anak-anaknya...

Pada tahun ini juga merupakan tahun pertama saya bergelar ummi kepada anak yang amat saya sayangi..Perasaan menjadi seorang ibu amat menyentuh hati saya..kerana setelah bergelar sebagai ibu, saya dapat merasakan apa yang ibu saya rasakan..Ya Allah betapa besarnya pengorbanan ibu yang telah melahirkan saya ke dunia dan menjadikan saya yang ada sekarang...

Semoga AMI sentiasa sihat..dan dilindungi Allah..Terima kasih Ami atas segalanya...Peluk Cium dari anakmu....