Saturday, 28 December 2013

Day 19 : if you could Change one thing about the world, what would you change and why?


Sekiranya saya boleh mengubah sesuatu di dunia ini, saya inginkan semua manusia yang tinggal di dunia ini menggunakan teknologi hijau. Ini kerana keadaan dunia sekarang amat membimbangkan dari segi pencemaran alam sekitar, kesan rumah hijau, 'climate change'

Sekiranya tidak diubah dari sekarang, bagaimanakah anak cucu kita akan hidup di masa akan datang disebabkan kelekaan kita terhadap alam sekitar pada masa sekarang?


Adakah anak cucu kita akan seperti ini suatu hari nanti?Ini yang anda mahukan?


Oleh itu, hari ini saya ingin terangkan tentang Teknologi Hijau yang saya petik dari sebuah blog yang telah saya baca:





Apakah itu teknologi hijau? Teknologi hijau merupakan pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi. Ia juga dapat meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Ia adalah produk-produk aplikasi inovatif yang tidak merusak lingkungan dan tidak beracun untuk tubuh manusia. Teknologi hijau juga dikenali sebagai “teknologi ramah lingkungan”. Sesuatu produk, peralatan atau sistem teknologi hijau perlu memenuhi beberapa kriteria. Kriteria-kriteria tersebut ialah meminimumkan degrasi kualiti alam sekitar dan  mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau( GHG) yang rendah atau sifar. Produk itu akan selamat digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan. Selain itu, ia juga menjimatkan tenaga dan sumber serta menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Objektif Dasar Teknologi Hijau Negara dilaksanakan adalah untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi. Objektif kedua ialah membantu pertumbuhan dalam industri teknologi hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara. Ia juga berobjektif untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan teknologi hijau dan meningkatkan daya saing dalam teknologi hijau di persana antarabangsa. Selain itu, teknologi hijau memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang serta meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap teknologi hijau dan menggalakkan penggunaan meluas teknologi hijau.

Terdapat empat tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Dari aspek tenaga, teknolgi hijau akan mencari kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa yang sama mempromosikan kecekapan guna tenaga. Contoh dasar ialah kerajaan akan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau (MTH) yang berperanan sebagai badan penyelaras peringkat tertinggi di kalangan kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan utama. Dari aspek alam sekitar, kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan dan dipelihara. Dari aspek ekonomi, teknologi hijau meningkatkan pembangunan ekonomi negara. Dari segi sosial pula, kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan.

Setelah Dasar Teknologi Hijau Negara dilaksanakan, terdapat kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat sektor utama iaitu sektor tenaga, sektor bangunan, sektor air dan pengurusan sisa dan sektor pengangkutan. Sektor tenaga berpecah kepada sektor bekalan tenaga iaitu aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial dan sektor pembangunan tenaga ialah aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga. Dalam sektor bangunan, Teknologi Hijau diterima pakai dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan.

Dalam sektor air dan pengurusan sisa pula, Teknologi Hijau digunakan dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah. Manakala dalam sektor pengangkutan, ia memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam. Contoh produk ialah produk bintang Toyota di IIMS iaitu Prius. Prius merupakan kendaraan yang menerapkan teknologi motor listrik dan mesin, yang menghasilkan emisi gas buang sangat rendah, sehingga hemat bahan bakar. Toyota menyebut teknologi yang dikembangkan pada Prius ini sebagai Toyota Hybrid System (THS).

Kajian tentang teknologi hijau yang masih terus dikembangkan dan merupakan kecenderungan teknologi di masa datang. Antara ruang lingkup teknologi hijau adalah: Energi terbarukan (renewable energy); Bangunan hijau/ramah lingkungan (green building); Kimia hijau (green chemistry) dan Teknologi Nano Hijau (green nanotechnology). Isu Energi merupakan isu yang terpenting dalam teknologi hijau yang termasuk didalamnya penelitian sumber energi alternatif (minyak, gas dan batubara), sebagai upaya untuk menghasilkan energi yang dapat diperbaharui dan efisien.

No comments:

Post a Comment