Pejam celik, begitu cepat masa berlalu. Tanpa disedari, hampir 9 bulan saya menjadi ahli keluarga Shaklee. Saya memang pengguna Shaklee sejak dari dua tahun yang lalu. Kenapa saya pilih Shaklee pada waktu itu? Saya banyak membaca dan merujuk kepada internet, Shaklee adalah supplement semulajadi dan saya amat yakin dengannya. Kenapa saya ambik Shaklee? Jika nak diceritakan, panjang..Jadi dipendekkan..adalah disebabkan KESIHATAN. Saya mempunyai masalah kesihatan yang sejak tahun 2010, dan saya ingin menjadi sihat supaya saya boleh melakukan aktiviti harian saya seperti orang lain. Kesihatan amat penting, so jagalah diri anda bak kata orang mencegah lebih baik dari mengubati.
Setelah mengambil keputusan untuk menjadi ahli Shaklee, saya telah bertekad untuk memilih Shaklee sebagai satu punca atau satu cabang permulaan saya untuk berbisnes. Saya perlu fokus atas niat ini disamping membantu orang untuk menjaga kesihatan mereka.
Nama saya Nur Lydia Othman.Saya adalah seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi di Kuching, Sarawak dan juga seorang isteri kepada suami tercinta Wan Hashim bin Wan Elias. Terima kasih kerana memahami kehendak isterimu ini..hehe
Bekerja sebagai seorang pensyarah, dari hari isnin - jumaat, dan kini sedang melanjutkan pengajian peringkat master dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar. Tiada istilah cuti hujung minggu bagi saya sekarang disebabkan kuliah di hujung minggu. Biarlah sekarang bekorban untuk masa depan kan?
Bagaimana pula masa nak buat Shaklee? Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Ya betul, tak ada masa nak rehat. Kerja pejabat, memberi kuliah kpd pelajar, semak tugasan pelajar, buat tugasan untuk subjek yang diambil setiap semester, ulangkaji pelajaran, buat kerja di rumah, memasak, kemas rumah? Wahhh...kalau ikutkan bila nak buat bisnes Shaklee ni? Tetapi saya kata BOLEH! ya saya boleh! Caranya? Asal ada waktu, Saya berblog macam sekarang jam 1030 mlm. Sempat lagi nak update blog. Semua pasti dapat dilakukan dengan pengurusan masa yang betul.
Kesimpulannya; sekiranya kita inginkan sesuatu, maka haruslah berusaha. Tak ada usaha, kemungkinan sukarlah untuk mencapai apa yang diinginkan. Jom bersama saya!
Two of us :)
Anda ingin menjadi ahli keluarga Shaklee saya yang hebat dan produktif ini? Amat saya alu-alukan.Hubungi saya sekarang!
Puan Nur Lydia binti Othman
ID 892196
HP : 019 - 8099621
Fanpage : My Health Station
Email: lydothman@yahoo.com

No comments:
Post a Comment