Sering kita perkatakan tentang kolesterol.Nama kolesterol, tapi adakah anda tahu apa itu kolesterol? Oleh itu sekarang marilah kita kenali apa itu kolesterol. Kolesterol
ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar
sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber
utama kolesterol dalam darah diperolehi daripada pemakanan dan pengeluaran
hati.
Kolesterol
terhasil daripada pemakanan seperti daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas
makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi
oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.
Hati
mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan
kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas
makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan
kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol
tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas
yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam
darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (LDL) atau
lipoprotein ketVumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol
LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah,
dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai
kolesterol baik.
Saya adalah pengedar sah Shaklee di kawasan Kuching. Boleh membuat pengeposan barang ke seluruh Malaysia melalui poslaju dan pengeposan melalui bas di Sarawak. Manakala perkhidmatan COD di sekitar Kuching.
Hubungi Saya:
Lyd Othman
ID: 892196
HP: 019-8099621
Email: lydothman@yahoo.com
FB page: My Health Station

No comments:
Post a Comment