Sunday, 22 December 2013

Day 14 : Favorite Place to Eat

Terlewat sehari untuk saya update tajuk entri pada hari ini. Tapi tak apa, walaupun lewat entri semalam tetap akan dilaksanakan.

Apakah tempat makan favorite saya dan suami? Jawapannya Sudah tentulah tempat makan yang ada seafood sebab kami berdua adalah penggemar makanan laut. Kalau di Kuching, tempat makan menarik yang menjadi pilihan kami adalah di Medan Tempat Letak Kereta Topspot.. Memang diakui majoriti kedai makan di Topspot adalah kedai makanan Cina. Untuk mengelakkkan rasa was-was kami berdua lebih senang untuk Makan di Muslim Seafood yang turut berada di situ.

Pelbagai makanan laut ada di sini. Semuanya sedap belaka..Ikan Stim, ambal, sayur midin belacan..ummpph sedap tak terkata.

Apakah favorite kami?Ini dia

Yang mesti menjadi menu kami ialah Udang Galah masak Kari..memang kegemaran kami berdua..


Yang ini pula ialah Ambal..masak pedas dan yang tak nampak tu adalah sayur midin..

Bagi anda yang datang ke Sarawak, datanglah ke Topspot dan makanlah di Muslim Seafood..Memang sedap dan pasti akan memuaskan hati anda...



Saya adalah pengedar sah Shaklee di Kuching, Sarawak dan boleh membuat penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee bolehlah hubungi saya.

Hubungi saya:
Lyd Othman
ID: 892196
Hp: 019-8099621
Email: lydothman@yahoo.com
FB page: My Health Station

No comments:

Post a Comment