Saturday, 15 February 2014

10 Khasiat Buah Naga

Buah naga atau lebih dikenali sebagai dragon fruit berasal dari Amerika Tengah mempunyai manfaat yang terkandung di dalamnya. Mari kita lihat apakah nutrisi pada buah naga ini.


1. Melambatkan penuaan

Buah naga mempunyai antioksidan yang tinggi yang akan membantu melambatkan proses penuaan.  Kandungannya juga menyah racun di dalam tubuh sama seperti buah epal.

2. Membantu mencegah kanser

Antioksidannya membantu mencegah sel kanser tumbuh di dalam tubuh manusia.

3. Meningkatkan kekuatan tubuh

Buah naga mengandungi vitamin C yang tinggi. Oleh itu, buah naga amat sesuai dimakan oleh kanak-kanak yang sedang membesar. Kalau sering demam, makanlah buah naga ya!

4. Meningkatkan selera makan

Jika selera makan anda mulai menurun, amalkan buah naga kerana kandungan Vitamin B1 dan B2 yang terkandung di dalam buah naga ini dipercayai boleh menambah selera makan terutamanya ketika sedang sakit.

5. Menurunkan kadar kolesterol

Buah naga menyimpan vitamin B3 yang berfungsi menurunkan kadar kolesterol di dalam darah sekiranya dimakan secara teratur.  Jika kolesterol menurun, keadaan ini dapat mengelakkan masalah gangguan peredaran darah dan jantung.

6. Menguatkan tulang dan gigi

Buah naga turut mengandugi kandungan fosfor dan kalsium yang tinggi. Jika diamalkan, tulang dan gigi akan menjadi lebih baik dan kuat serta amat sesuai untuk mencegah tulang rapuh atau osteoporosis.

7. Mencegah diabetes melitus

Buah naga juga bertindak mengurangkan kadar gula dalam darah.

8. Kesihatan mata

Buah naga mengandungi vitamin A dan karotin yang penting untuk kesihatan mata.

9. Jantung sihat

Makanan/buah yang menyihatkan seperti buah naga mengandungi vitamin C, B1, B2 dan B3 sangat baik untuk kesihatan jantung.

10. Kulit yang sihat

Sekiranya kulit anda berjerawat, kisarkan sebiji buah naga dan kemudiannya sapukan pada wajah. Amalkan sehingga masalah jerawat hilang. Selain dari itu, buah naga boleh dibuat jus. Pasti menyegarkan!

*credit: majalah rapi
 

Monday, 10 February 2014

Masalah Hb Rendah pada Ibu Hamil

Masalah Hb rendah ataupun paras hemoglobin rendah sering terjadi kepada ibu hamil.  Ini kerana sewaktu hamil, tubuh memerlukan lebih banyak darah bagi menampung pertumbuhan bayi di dalam kandungan ibu.  Jika ibu tidak mendapat cukup zat besi atau zat-zat yang lain, berkemungkinan tubuh tidak mampu untuk menghasilkan sel darah merah yang cukup.


Apabila paras hemoglobin adalah rendah, si ibu mungkin akan berisiko untuk mendapat anemia.  Berapakah paras hemoglobin yang normal?

Paras Normal Hemoglobin
Wanita: 11.5 hingga 16.5 g/dL
Lelaki: 12.5 hingga 18.5g/dL

Hemoglobin secara umumnya ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan.  Apabila sel darah merah berkurangan yang akan membawa oksigen ini berkurangan, serangan anemia mungkin akan berlaku.

Kebanyakan ibu yang hamil mungkin tidak menyedari bahawa mereka mengalami paras hb yang rendah sehinggalah membuat pemeriksaan di klinik/hospital

Punca Hb rendah 

1. Kekurangan zat besi, vitamin B12, folat dan erythropoitein
2. Paras hormon tiroid rendah

Terdapat beberapa simptom yang menunjukkan ibu hamil megalami anemia.

1. Selalu letih
2. Pening kepala atau rasa nak pitam
3. Kulit , bibir , kuku menjadi pucat
4. Turun berat badan
5. Denyutan jantung menjadi cepat
6. Sesak nafas



Pencegahan anemia semasa kehamilan

Untuk mencegah anemia semasa hamil, ibu hendaklah mendapatkan zat besi yang cukup. Pengambilan makanan seimbang hendaklah diutamakan dan tambahkan lebih banyak makanan yang tinggi zat besi di dalam makanan.

Antaranya:
1. Daging
2. Sayuran berdaun hijau gelap
3. Cereal yang diperkaya zat besi
4. Kekacang
5. Telur

Akan tetapi mungkin sukar untuk mendapatkan makanan yang betul-betul seimbang dan berkhasiat ataupun jumlah yang diambil adalah kurang mencukupi bagi memenuhi keperluan badan.

Oleh itu pengambilan supplemen adalah amat penting bagi ibu hamil untuk memenuhi keperluan badan dan juga bayi. Shaklee turut mencadangkan beberapa supplemen bagi ibu hamil sekaligus menyelesaikan masalah anemia dan hb rendah atas izinNya.

Antara supplemen yang dicadangkan ialah:



1. Vitalea Iron formula

Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah.

2. Vitamin C

Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan

3. B Complex

Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. B complex Shaklee lengakap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk b12 dan folat.

Jom tengok testimoni




Dapatkan nutrisi yang cukup bagi memastikan kesihatan ibu dan anak dalam keadaan yang optimum.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Kuching, Sarawak. Sila hubungi saya untuk info/order/menjadi ahli Shaklee seperti saya.Konsultasi secara percuma akan diberikan kepada anda dan saya akan cuba memberikan maklumat dan tunjuk ajar yang terbaik buat anda.


Pn Lyd Othman
HP: 019-8099621
Email: lydothman@yahoo.com
FB page: healtheshoppe

Sunday, 9 February 2014

Fibroid pada Wanita

Sekarang seringkali kita dengar fibroid ada pada wanita. Apa sebabnya bagaimana fibroid ini boleh terjadi pada sesetengah wanita tidaklah diketahui secara spesifik.  Mungkin disebabkan oleh keturunan dan mungkin juga pemakanan. Wallahualam..Itulah yang terjadi kepada diri saya. Saya telah mengetahui yang saya ni ada fibroid kira-kira setahun yang lepas. Doktor telah maklumkan yang saya ada dua fibroid! Betapa sedih dan risaunya perasaan sewaktu mendengar penerangan daripada doktor pada waktu itu.

Apa pulak fibroid ni??Pada waktu itu, saya tak pernah tahu pun apa itu fibroid sebenarnya..Akan tetapi doktor memberitahu saya yang saya tak perlu bimbang kerana saiz fibroid saya kecil je..dalam 2 - 2.5cm  cam tu dan tidak mengganggu rahim saya dan haid saya adalah normal. Akan tetapi saya tetap RISAU!!

Januari 2014 memberikan kegembiraan dan juga kesedihan buat diri saya..Setelah 3 tahun menunggu, saya disahkan mengandung..Bersyukur sangat kepada Allah atas kurniaanNya...Tetapi kegembiraan ini tidak lama kerana saya keguguran di usia kandungan 7 minggu. Perasaan amat sedih, tapi sudah ketentuanNya dan saya harus terima dengan Redha. Sampai sekarang sentiasa teringat-ingat je..

Satu lagi kesedihan saya, doktor telah bagitahu yang satu fibroid saya semakin membesar. Bagai nak gugur jantung ni apabila mendengar yang saiz fibroid tu dah dekat nak mencecah 5cm! Dengan muka doktor yang risau dan explaination dia tentang fibroid dan kesan dia amatlah menakutkan dan menyedihkan saya..Sekiranya usaha saya dan suami untuk mendapatkan zuriat belum berjaya nanti, berkemungkinan besar pembedahan akan dilakukan untuk membuang fibroid tu dan jika fibroid tu makin membesar.

Setelah beberapa hari mendapat perkhabaran itu, sedih sangat..tengok perut buncit semacam je..Tetapi sekarang saya cuba untuk kuatkan hari saya untuk terima kenyataan ini dan yang penting adalah usaha untuk mengecutkan/hilangkan fibroid ini walaupun pada hakikatnya amat sukar..Allah telah tetapkan yang saya perlu hadapi ujian ini, dan saya harus terima dengan redha...tetapi yang paling penting ada usaha kan untuk atasi masalah ini! Dan saya cuba positifkan minda..Itu paling penting!


Untuk mendapatkan sumber nutrien yang mencukupi terutama makanan antioksidan, saya sekarang mengamalkan  supplemen Shaklee secara konsisten. Antara suppemen antioksidan tinggi yang saya amalkan ialah

1. Vitamin E (antioksidan)
2.Vitamin C (antioksidan)
3. Caratomax (antioksidan)
4. GLA complex (stabilkan hormon)

Apa fungsi antioksidan ni? antioksidan ni boleh mengawal radikal bebas..Saya akan terangkan lebih lanjut dalam entri yang seterusnya nanti.

Selain itu, saya turut mengamalkan VIVIX Shaklee yang juga antioksidan tinggi.

Harapan saya agar usaha saya ini akan berhasil dan memberikan keputusan yang positif. Selain itu, sentiasa berdoa kepada Allah kerana DIA lah yang berkuasa untuk menyembuhkan. Hasil dari bacaan saya di blog, sentiasalah amalkan surah Maryam, suran al anbiya', surah ali imran..Amalkan surah ini dan insyaAllah dapat menyembuhkan penyakit wanita termasuklah fibroid ni. Selepas baca surah ini, minum lah air kosong segelas atau lebih. Kita ibaratkan surah tadi macam ubat le..mcm kita makan panadol waktu demamkan? makan panadol pastu minum air..Konsep sama la tu.hehe...

Kepada anda pembaca entri saya ini, jika anda mempunyai kaedah atau pendapat untuk kecutkan fibroid ni, boleh lah kita bincang bersama-sama..Yang penting usaha..dan usaha itu hendaklah tidak terpesong dari ajaran Allah..Next appoinment dengan dr pakar adalah pada April nanti, hopefully semuanya baik-baik saja..Jika sebaliknya saya harus kuat dan terima..InsyaAllah kepada anda yang menghadapi masalah seperti saya ini juga akan tetap tabah dan tidak putus berusaha dan berdoa kepada Allah s.w.t. Semoga usaha dan doa kita dimakbulkan oleh Nya. Amin Ya Rabbal Alamin....




Saturday, 8 February 2014

Perubahan Harga Produk Shaklee bagi Sabah dan Sarawak

Berita baik buat semua yang berada di Sabah dan Sarawak. Berkuatkuasa pada 1 Februari 2014, harga produk Shaklee bagi Sabah dan Sarawak telah diselaraskan sama dengan harga di Semenanjung Malaysia.

Ini bermaksud harga produk Shaklee di Sabah dan Sarawak telah diturunkan. Bestkan? Di kala barang lain naik harga, Shaklee pulak turun harga..Memang betullah Shaklee ni fenomena betul sekarang. Ini semua kerana keberkesanan dan keyakinan pengguna Shaklee terhadap supplemen Shaklee ini.


Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli keluarga Shaklee seperti saya atau ingin mencuba produk Shaklee, anda boleh hubungi saya. Saya adalah pengedar sah Shaklee di Kuching Sarawak. Konsultasi percuma akan diberikan kepada anda.

Hubungi:

Pn Lyd Othman
HP: 019-8099621
Email: lydothman@yahoo.com
FB page: healtheshoppe

Friday, 7 February 2014

Status Halal Shaklee

Mungkin ramai yang terfikir adakah produk Shaklee ini halal. Bukan apa, sebab bukan produk keluaran Malaysia kan? Maka pada entri kali ini saya ingin menghilangkan keraguan anda tentang kehalalan produk Shaklee. Shaklee telah mengeluarkan Sijil Halal yang akan diperbaharui setiap tahun seperti kat bawah ni.

Sijil Halal Shaklee 2014

Jadi kepada anda yang telah mengamalkan produk Shaklee atau baru ingin mencuba produk Shaklee ini, jangan ragu lagi kerana Shaklee terbukti Halal.

Sijil Halal Shaklee telah dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA) yang telah diiktiraf oleh JAKIM.

Ok, ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk Shaklee? Hubungi saya, Pn Lyd Othman, pengedar sah Shaklee di Kuching Sarawak. Konsultasi adalah percuma kepada anda yang berminat dengan produk ini ataupun anda ingin menjadi ahli Shaklee seperti saya. 

Hubungi saya:

Pn Lyd Othman
Hp: 019-8099621
Email: lydothman@yahoo.com
Facebook Page: healtheshoppe



Vitalea Promosi Februari 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca semua...Sekarang telah pun ke pertengahan bulan Februari 2014. Tetapi masih belum terlambat buat saya mengwar-warkan tentang promosi Shaklee bagi Bulan Februari ini. Tak lain tak bukan multivitamin pertama di dunia keluaran Shaklee iaitu Vitalea. Jangan lepaskan peluang pada bulan ini kerana harganya memang berbaloi...

Anda ingin membelinya cuma 1 botol, 2 botol sahaja? Itu tidak menjadi masalah..Anda cuma perlu hubungi saya untuk harga menarik ini!


Mungkin anda ingin tahu apa khasiat Vitalea kan? Jom sama-sama kita baca khasiatnya:

1. Membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan
2. Meningkatkan kekuatan tulang dan imunisasi badan serta pembinaan tulang yang kuat
3. Melindungi kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf
4. Meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon dan prostat
5. Meningkatkan penghasilan sel darah merah bagi mengelakkan anema serta merawat anemia ~ diperlukan oleh ibu hamil, ibu berpantang dan menyusukan anak
6. Membekalkan makanan kepada tubuh untuk lebih sihat dan bertenaga
7. Membantu meningkatkan kecerdasan minda
8. Mencegah tiroid
9. Menyokong kesihatan hati, usus dan mata
10. Meningkatkan kesihatan dan fungsi badan secara menyeluruh


Siapa yang boleh ambil Vitalea?

1. Individu yang diet hariannya tidak lengkap
2. Remaja yang sedang membesar
3. Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan setiap hari
4. Semua individu tanpa mengira peringkat umur
5. Wanita hamil atau sesiapa yang mengalami masalah Hb rendah
6. Wanita hamil, menyusu dan ibu yang sedang berpantang

Untuk pengetahuan anda, vitalea ini multivitamin yang bermaksud hampir kesemua vitamin ada kat dalam 1 tablet vitalea ni. Sekiranya anda malas nak telan banyak-banyak vitamin bolehlah mencuba vitalea terlebih dahulu.

Satu botol vitalea mengandungi 120 tablet. Satu hari cuma perlu telan 1 tablet sahaja bagi memenuhi keperluan seharian. Sungguh menjimatkan sebab boleh bertahan selama 4 bulan. berbaloikan?

Jangan tunggu lagi..Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Anda akan diberikan konsultasi dari saya untuk informasi lebih lanjut kepada anda.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Kuching, Sarawak. Pengeposan boleh dibuat ke seluruh Malaysia serta COD sekitar Kuching.


Lyd Othman
Hp: 019-8099621
FB: healtheshoppe
Email: lydothman@yahoo.com