Wednesday, 27 November 2013

Apa itu Protein?



Adakah anda tahu bahawa selain daripada air, protein adalah sebatian yang paling banyak terdapat dalam badan manusia? Saya akan terangkan serba sedikit apa itu Protein untuk anda.Protein terdapat dalam setiap sel dan tisu, dan bersama dengan lemak yang sihat, protein memainkan peranan penting dalam memastikan kita sihat. Kepentingan pengambilan protein untuk manusia telah diketahui sejak dulu lagi. Tanpanya anda akan kekurangan asas yang diperlukan untuk semua pembaikan tisu, enzim kritikal dan hormon yang anda perlukan di dalam fungsi metabolik, dan juga antibodi yang membantu badan anda mempertahankan terhadap jangkitan. Oleh itu, protein adalah salah satu daripada nutrien yang paling penting yang diperlukan oleh badan anda dan perlu dimakan dalam kuantiti dan kualiti yang mencukupi dalam diet anda.

Apakah Protein?

Memahami “apa itu protein” adalah perlu dalam memastikan protein yang kita ambil itu adalah benar-benar berkualiti. Memang lah semua makanan itu mengandungi protein, tetapi adakah semua protein dalam makanan itu (terutama makanan yang sudah diproses) adalah dari jenis yang berkualiti? Itu belum diceritakan lagi nisbah protein dalam makanan, kerana rata-ratanya makanan-makanan di Malaysia ini amat rendah kandungan proteinnya!





Struktur protein terbina oleh komponen-komponen kecil yang dikenali sebagai Asid Amino. Setiap protein adalah berbeza dan terdiri daripada komposisi asid amino yang berbeza. Protein yang berkualiti adalah protein yang mengandungi kesemua (atau hampir semua) asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, tetapi amat penting untuk kemandirian manusia – kelompok asid amino ini dikenali sebagai Essential Amino Acids (EAA). EAA tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, dan oleh yang demikian ia harus diperolehi sepenuhnya menerusi diet.

Cuba tanya diri anda, adakah makanan segera mengandungi kesemua EAA yang diperlukan manusia? Jawapannya tentulah TIDAK. Perlu diingatkan bahawa EAA adalah sesuatu yang istimewa, atau bahasa mudahnya “high quality“. Benda yang “high quality” tidak akan wujud sewenang-wenangnya dalam makanan yang “low quality“. Hanya sumber-sumber protein tertentu sahaja yang mengandungi kesemua (hampir semua) komposisi EAA di dalamnya. Antara yang paling mudah didapati di sekeliling kita adalah:

1. Telur
2. Susu
3. Produk berasaskan kacang soya (tempeh, tauhu/tofu)
4. Whey Protein

* Credit to Kevin Zahri

Saya adalah pengedar Shaklee di Kuching, Sarawak. Boleh membuat penghantaran melalui pos di seluruh Malaysia dan bagi kawasan Sarawak, COD boleh dibuat dikawasan Kuching dan Kota Samarahan, dan penghantaran melalui bas bagi lain kawasan di Sarawak.

Hubungi saya Lyd Othman di 019-8099621 atau email ke lydothman@yahoo.com

Friday, 22 November 2013

B Complex Shaklee dilengkapi Asid Folik



B Complex Shaklee dilengkapi dengan kandungan Asid Folik di dalamnya. Asid folik adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida). Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil. Jadi, B complex Shaklee yang turut dilengkapi dengan Asid Folik ini adalah pilihan anda yang tepat.

Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4 mg semasa hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.

Ingin dapatkan B Complex Shaklee? Saya adalah pengedar sah Shaklee di Kuching, Sarawak. Boleh membuat pengeposan ke seluruh Malaysia serta COD di sekitar Kuching dan Kota Samarahan( pada hari tertentu sahaja).

Ingin order/konsultasi atau jadi ahli Shaklee seperti saya?
 
Hubungi saya:
 
 
 
 

Thursday, 21 November 2013

Ambil B Complex Shaklee Jadikan Kita Gemuk?

Seringkali saya dengar, kalau ambil B Complex Shaklee, akan jadi gemuk.Betul ke penyataan B complex Shaklee boleh jadikan kita gemuk ni? Saya dah lama ambil B complex tapi alhamdulillah berat tidak lah naik sampai menggemukkan kita.

Kenapa orang salu kata B complex ni sebabkan kita jadi gemuk? Selalu lapar je..Sebenarnya B complex mempunyai fungsi untuk memberikan tenaga kepada kita..kalau dulu sering mengantuk, ambil B complex akan jadi cergas bertenaga. Ini adalah di sebabkan Kandungan Vitamin B1 yang terdapat di dalam B complex. B1 berfungsi untuk membantu menukarkan glukosa (gula ringkas) & karbohidrat kepada tenaga.

Ada keluhan mengatakan ambil B complex Shaklee je akan rasa cepat lapar, nafsu nak makan saja..memang betul, apabila gula dan karbohidrat sudah pun ditukarkan kepada tenaga, badan memerlukan lagi gula dan karbohidrat untuk beri tenaga kepada badan.

Oleh itu, baiknya B complex diambil sewaktu selepas makan cth:makan tengahari.Kenapa? Perut tengah kenyang, kalau kurang B complex dalam badan, kita akan mengantuk sebab gula tidak dapat ditukar kepada tenaga. Memang kita akan cepat lapar, maka caranya ialah minumlah air cukup dan diantara waktu makan tengahari dan malam itu, makan lah makanan dengan kuantiti yang sedikit sebagai kudapan. Janganlah pula, untuk elakkan perut lapar, kita makan makanan yanh kurang berkhasiat..Makanlah, buah-buahan dan sayuran contohnya. Dengan tahunya mengawal cara pemakanan kita, badan tidak akan jadi gemuk. Kalau saya ni yang dah 4 tahun ambil b complex ni, tak gemuk pun selepas ambil b complex.

Oleh itu, jangan risau dan terpedaya dengan mitos ambil B complex buat kita jadi gemuk ye..Sebenarnya B complex inilah keperluan yang amat penting untuk tubuh kita.

Anda ingin order B complex Shaklee atau pun inginkan konsultasi? Hubungi saya pengedar sah Shaklee di talian 019-8099621 (Pn Lyd Othman).

Saya adalah pengedar Shaklee di Kuching, Sarawak. Boleh membuat penghantaran melalui pos di seluruh Malaysia dan bagi kawasan Sarawak, COD boleh dibuat dikawasan Kuching dan Kota Samarahan, dan penghantaran melalui bas bagi lain kawasan di Sarawak.

Wednesday, 20 November 2013

Vitamin B Complex Shaklee jadikan Warna Urin Kuning



Ramai yang telah mengambil Vitamin B complex Shaklee mengadu bahawa warna urin mereka menjadi warna kuning cerah. Adakah ianya sesuatu yang yang normal atau pun menjadi kesan yang tidak baik kepada tubuh?


Sebenarnya keadaan ini adalah normal apabila kita mengambil mana-mana supplement yang mengandungi vitamin B.  Warna urin kita akan berubah menjadi kuning cerah. Warna urin yang biasa ialah kuning pucat. Nak tahu kenapa?



Ini adalah disebabkan oleh Vitamin B merupakan vitamin larut air dan juga kesan daripada riboflavin yang tidak diserap. Seperti yang sedia maklum, tablet vitamin B kompleks Shaklee adalah bewarna kuning. Keadaan ini menyebabkan ianya disingkirkan melalui air kencing dan warnanya adalah kuning cerah.



Namun dalam keadaan tertentu selain dari pengambilan vitamin B, warna kencing kita boleh memberikan pelbagai warna bedasarkan kepada symptom tertentu seperti:




KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome



Keadaan urin menjadi kuning cerah merupakan petunjuk yang badan kita bertindakbalas dengan baik dengan Vitamin B. Jika ada mengalami warna urin selain warna yang normal dan kuning cerah, adalah sebaiknya anda berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan dan keterangan lanjut. Apa yang penting di sini, sekiranya anda mengalami keadaan di atas, perkara yang harus anda lakukan adalah minum air yang mencukupi.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Kuching, Sarawak. Boleh membuat pengeposan ke seluruh Malaysia serta COD di sekitar Kuching dan Kota Samarahan( pada hari tertentu sahaja).

Ingin order/konsultasi atau jadi ahli Shaklee seperti saya?

 

Hubungi saya:
 












Tuesday, 19 November 2013

Pengedar Sah Shaklee di Kuching, Sarawak



Anda sedang mencari supplemen Shaklee? Saya adalah pengedar sah Shaklee di Kuching, Sarawak.  Urusniaga COD (Cash On Delivery) boleh dilakukan di kawasan Kuching dan di Kota Samarahan. Penghantaran secara poslaju dan Gdex juga boleh dibuat untuk seluruh Malaysia dan Brunei. Penghantaran menggunakan bas juga boleh bagi kawasan di seluruh Negeri Sarawak. Hubungi saya sekarang, Pengedar Sah Shaklee di kawasan Kuching yang berpengetahuan dan boleh membantu anda dengan konsultasi berterusan sekiranya anda mendapatkan supplemen Shaklee anda daripada saya.

Saya adalah seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi di Kuching dan kini turut menjalankan perniagaan Shaklee secara separuh masa. Wahh…Buat dua perkara dalam satu masa? Tidak mustahil sekiranya dapat membahagikan masa dengan bijak dan betul! Ingin tahu bagaimana?Hubungilah saya.


Sekiranya anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee dan  menjana pendapatan dengan Shaklee, anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut dan urusan pendaftaran keahlian Shaklee. Dengan hanya bermodalkan yuran keahlian RM75/RM85 seumur hidup, anda sudah layak menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee. Sekiranya saya boleh, anda pun boleh. InsyaAllah. Sekarang Shaklee telah dijalankan secara online dan semuanya di hujung jari anda.

Pengedar Sah Shaklee anda,

Pn Lyd Othman
ID 892196
019-8099621