1. Melambatkan penuaan
Buah naga mempunyai antioksidan yang tinggi yang akan membantu melambatkan proses penuaan. Kandungannya juga menyah racun di dalam tubuh sama seperti buah epal.
2. Membantu mencegah kanser
Antioksidannya membantu mencegah sel kanser tumbuh di dalam tubuh manusia.
3. Meningkatkan kekuatan tubuh
Buah naga mengandungi vitamin C yang tinggi. Oleh itu, buah naga amat sesuai dimakan oleh kanak-kanak yang sedang membesar. Kalau sering demam, makanlah buah naga ya!
4. Meningkatkan selera makan
Jika selera makan anda mulai menurun, amalkan buah naga kerana kandungan Vitamin B1 dan B2 yang terkandung di dalam buah naga ini dipercayai boleh menambah selera makan terutamanya ketika sedang sakit.
5. Menurunkan kadar kolesterol
Buah naga menyimpan vitamin B3 yang berfungsi menurunkan kadar kolesterol di dalam darah sekiranya dimakan secara teratur. Jika kolesterol menurun, keadaan ini dapat mengelakkan masalah gangguan peredaran darah dan jantung.
6. Menguatkan tulang dan gigi
Buah naga turut mengandugi kandungan fosfor dan kalsium yang tinggi. Jika diamalkan, tulang dan gigi akan menjadi lebih baik dan kuat serta amat sesuai untuk mencegah tulang rapuh atau osteoporosis.
7. Mencegah diabetes melitus
Buah naga juga bertindak mengurangkan kadar gula dalam darah.
8. Kesihatan mata
Buah naga mengandungi vitamin A dan karotin yang penting untuk kesihatan mata.
9. Jantung sihat
Makanan/buah yang menyihatkan seperti buah naga mengandungi vitamin C, B1, B2 dan B3 sangat baik untuk kesihatan jantung.
10. Kulit yang sihat
Sekiranya kulit anda berjerawat, kisarkan sebiji buah naga dan kemudiannya sapukan pada wajah. Amalkan sehingga masalah jerawat hilang. Selain dari itu, buah naga boleh dibuat jus. Pasti menyegarkan!
*credit: majalah rapi
No comments:
Post a Comment