Kulit wajah berminyak ditandai dengan permukaan kulit yang
kelihatan berkilat, terutama ketika bangun pada waktu pagi. Solekan pada
kulit berminyak biasanya lebih cepat luntur kerana kelenjar minyak pada wajah
selalu aktif, baik siang ataupun malam.
Pori-pori juga kelihatan lebih besar serta diikuti dengan
penumpukan tompok hitam (black head) di sekitar hidung. Kulit berminyak juga
lebih mudah tumbuh jerawat.
Anda dapat mengurangkan penghasilan minyak berlebihan dengan
pengaturan rutin makan yang baik, misalnya menghindari gorengan serta banyak
makan sayur dan buah.
1. Pembersih muka
Gunakan pembersih muka berbentuk losen atau cecair dengan PH
yang seimbang, atau kombinasi kedua-duanya. Sebaik-baiknya bersihkan kulit
wajah dua hingga tiga kali sehari apabila berada di rumah.
Ketika berada di luar rumah, tisu penyerap minyak boleh
dipakai untuk mengurangkan minyak yang berlebihan.
Selain menyerap minyak, tisu ini juga dapat menjaga solekan
agar tetap kelihatan kemas kerana ada juga yang dilengkapi dengan bedak. Jika
anda gunakan kertas penyerap minyak berbedak, pilih yang warna bedaknya sesuai
rona kulit.
2. Penyegar
Gunakan cecair astringen sebagai penyegar kerana boleh
menghilangkan minyak yang berlebihan. Jika bingung memilih produk yang sesuai,
mintalah nasihat pakar kecantikan tempat anda membeli produk perawatan. Ini
kerana setiap produk mempunyai kandungan yang berbeza-beza.
Sebaiknya ganti produk perawatan yang anda pakai maksimum
dua tahun sekali untuk mencegah kulit jadi ‘kebal’ terhadapnya.
3. Pelembap
Meskipun kulit wajah anda berminyak, sebaiknya oleskan juga
pelembap pada kulit sebelum bersolek.
Pilihlah produk bebas minyak berbentuk cecair agar wajah
tidak bertambah berkilat. Sapukan pelembap pada seluruh wajah hingga leher.
* Credit Majalah Jelita
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Kuching,
Sarawak. Sila hubungi saya untuk info/order/menjadi ahli Shaklee seperti saya.Konsultasi
secara percuma akan diberikan kepada anda dan saya akan cuba memberikan
maklumat dan tunjuk ajar yang terbaik buat anda.
Pn Lyd
Othman
HP:
019-8099621
Email:
lydothman@yahoo.com
FB
page: healtheshoppe

No comments:
Post a Comment