Sunday, 9 February 2014

Fibroid pada Wanita

Sekarang seringkali kita dengar fibroid ada pada wanita. Apa sebabnya bagaimana fibroid ini boleh terjadi pada sesetengah wanita tidaklah diketahui secara spesifik.  Mungkin disebabkan oleh keturunan dan mungkin juga pemakanan. Wallahualam..Itulah yang terjadi kepada diri saya. Saya telah mengetahui yang saya ni ada fibroid kira-kira setahun yang lepas. Doktor telah maklumkan yang saya ada dua fibroid! Betapa sedih dan risaunya perasaan sewaktu mendengar penerangan daripada doktor pada waktu itu.

Apa pulak fibroid ni??Pada waktu itu, saya tak pernah tahu pun apa itu fibroid sebenarnya..Akan tetapi doktor memberitahu saya yang saya tak perlu bimbang kerana saiz fibroid saya kecil je..dalam 2 - 2.5cm  cam tu dan tidak mengganggu rahim saya dan haid saya adalah normal. Akan tetapi saya tetap RISAU!!

Januari 2014 memberikan kegembiraan dan juga kesedihan buat diri saya..Setelah 3 tahun menunggu, saya disahkan mengandung..Bersyukur sangat kepada Allah atas kurniaanNya...Tetapi kegembiraan ini tidak lama kerana saya keguguran di usia kandungan 7 minggu. Perasaan amat sedih, tapi sudah ketentuanNya dan saya harus terima dengan Redha. Sampai sekarang sentiasa teringat-ingat je..

Satu lagi kesedihan saya, doktor telah bagitahu yang satu fibroid saya semakin membesar. Bagai nak gugur jantung ni apabila mendengar yang saiz fibroid tu dah dekat nak mencecah 5cm! Dengan muka doktor yang risau dan explaination dia tentang fibroid dan kesan dia amatlah menakutkan dan menyedihkan saya..Sekiranya usaha saya dan suami untuk mendapatkan zuriat belum berjaya nanti, berkemungkinan besar pembedahan akan dilakukan untuk membuang fibroid tu dan jika fibroid tu makin membesar.

Setelah beberapa hari mendapat perkhabaran itu, sedih sangat..tengok perut buncit semacam je..Tetapi sekarang saya cuba untuk kuatkan hari saya untuk terima kenyataan ini dan yang penting adalah usaha untuk mengecutkan/hilangkan fibroid ini walaupun pada hakikatnya amat sukar..Allah telah tetapkan yang saya perlu hadapi ujian ini, dan saya harus terima dengan redha...tetapi yang paling penting ada usaha kan untuk atasi masalah ini! Dan saya cuba positifkan minda..Itu paling penting!


Untuk mendapatkan sumber nutrien yang mencukupi terutama makanan antioksidan, saya sekarang mengamalkan  supplemen Shaklee secara konsisten. Antara suppemen antioksidan tinggi yang saya amalkan ialah

1. Vitamin E (antioksidan)
2.Vitamin C (antioksidan)
3. Caratomax (antioksidan)
4. GLA complex (stabilkan hormon)

Apa fungsi antioksidan ni? antioksidan ni boleh mengawal radikal bebas..Saya akan terangkan lebih lanjut dalam entri yang seterusnya nanti.

Selain itu, saya turut mengamalkan VIVIX Shaklee yang juga antioksidan tinggi.

Harapan saya agar usaha saya ini akan berhasil dan memberikan keputusan yang positif. Selain itu, sentiasa berdoa kepada Allah kerana DIA lah yang berkuasa untuk menyembuhkan. Hasil dari bacaan saya di blog, sentiasalah amalkan surah Maryam, suran al anbiya', surah ali imran..Amalkan surah ini dan insyaAllah dapat menyembuhkan penyakit wanita termasuklah fibroid ni. Selepas baca surah ini, minum lah air kosong segelas atau lebih. Kita ibaratkan surah tadi macam ubat le..mcm kita makan panadol waktu demamkan? makan panadol pastu minum air..Konsep sama la tu.hehe...

Kepada anda pembaca entri saya ini, jika anda mempunyai kaedah atau pendapat untuk kecutkan fibroid ni, boleh lah kita bincang bersama-sama..Yang penting usaha..dan usaha itu hendaklah tidak terpesong dari ajaran Allah..Next appoinment dengan dr pakar adalah pada April nanti, hopefully semuanya baik-baik saja..Jika sebaliknya saya harus kuat dan terima..InsyaAllah kepada anda yang menghadapi masalah seperti saya ini juga akan tetap tabah dan tidak putus berusaha dan berdoa kepada Allah s.w.t. Semoga usaha dan doa kita dimakbulkan oleh Nya. Amin Ya Rabbal Alamin....




No comments:

Post a Comment