Tekanan darah tinngi ataupun lebih dikenali sebagai hipertensi memang sudah diketahui umum pada masa kini. Akan tetapi tekanan darah tinggi selalu dikaitkan dengan orang yang sudah berumur. Bagaimana pula dengan usia muda? Ada ke yang mengalami tekanan darah tinggi di usia muda?
Ya. Semestinya ada. Antaranya adalah saya sendiri.
Pada mulanya lyd pandang remeh pada tekanan darah tinggi ni. Ingatkan hanya perkara biasa bagi yang dah meningkat umur 20-an. Lyd dikenalpasti ada darah tinggi ni sewaktu memeriksa tekanan menggunakan alat tekanan darah tinggi di rumah kawan. Setelah banyak kali bacaan tekanan masih tinggi.
Oh ya. post seterusnya Lyd akan ceritakan berapakah bacaan bagi tekanan darah tinggi ni ya!
Sewaktu mendapat tahu ada tekanan darah tinggi adalah sewaktu umur saya 27 tahun. Tetapi saya tak pernah ke klinik dan mengambil ubat. Just buat tak tau je.hehe
Sehinggalah Lyd berkahwin pada umur 29 tahun pada tahun 2010 barulah Lyd mengambil berat tentang kesihatan ni.Sejak tu barulah ke klinik untuk membuat pemeriksaan lanjut,dan terus dirujuk ke klinik pakar hospital umum..ish..barulah tahu tekanan darah tinggi ni boleh menyebabkan kegagalan jantung dan boleh membawa maut!
Bacaan tekanan darah lyd selalunya adalah 150/100..tinggi kan! tapi yang pelik tak rasa apa-apa pun. Orang lain, ada yang pening kepala, dan ada yang sampai rasa nak pengsan. Itu yang menyebabkan lyd rasa macam sihat je..Doktor pun pelik dan selalu mengatakan lyd ni umur muda lagi, badan kurus, Tapi tekanan darah tinggi.Hurm...
Selain pemeriksaan darah secara berkala dilakukan, macam-macam pemeriksaan dibuat untuk mendapatkan punca kenapa lyd mendapat tekanan darah tinggi terlalu awal.
Pemeriksaan jantung dan buah pinggang dijalankan. Alhamdulillah tak da masalah.
Akhirnya disimpulkan bahawa Lyd ada 'Young Hypertension', mungkin berpunca dari genetik sebab mak ada tekanan dari tinggi juga dan mungkin faktor kerja disebabkan stress. Sentiasa stress lama kelamaan menyebabkan tekanan darah tinggi..
Tekanan darah tinggi ini disebut juga sebagai hipertensi primer iaitu yang tidak diketahui puncanya. Hipertensi primer banyak terjadi iaitu sekitar 94% daripada masalah hipertensi, Dengan kata lain sebahagian besar hipertensi tidak dapat dipastikan puncanya.
No comments:
Post a Comment