Hipertensi atau darah tinggi adalah penyakit berkaitan jantung dan pembuluh darah yang serentak dengan peningkatan tekanan darah. Hipertensi selalunya tidak menunjukkan tanda-tanda bahaya. Disebabkan tanda-tanda ini tidak dapat dikenalpasti, maka ramai yang mengabaikannya.
Berapakah nilai tekanan darah disebut normal? Bila pula disebut tinggi?
Tekanan darah terbahagi kepada dua iaitu sistolik dan diastolik.
Sistolik adalah tekanan dalam arteri yang terjadi ketika darah dipam dari jantung ke seluruh tubuh.
Diastolik pula ialah sisa tekanan dalam arteri ketika jantung berehat.
National Institute of Health, Lembaga Kesihatan Nasional di Amerika mengklasifikasikan tekanan darah seperti berikut;
Tekanan Sistolik:
< 119mmHg : Normal
120 - 139mmHg : Pra Hipertensi
140 - 159mmHg : Hipertensi peringkat 1
> 160mmHg : Hipertensi peringkat 2
Tekanan Diastolik:
<79mmHg : Normal
80 - 89mmHg : Pra Hipertensi
90 - 99mmHg : Hipertensi peringkat 1
> 100mmHg : Hipertensi peringkat 2
Sekiranya didapati tekanan darah adalah pada tahap hipertensi, segeralah berjumpa doktor untuk menurunkan kembali tekanan tersebut.
No comments:
Post a Comment