Salah satu sebab Lyd menghidap hipertensi ataupun tekanan darah tinggi adalah stress. Faktor kerja yang banyak menyebabkan emosi terganggu dan akhirnya menjadi stress.
Di dalam dinding jantung dan beberapa pembuluh darah terdapat suatu reseptor yang selalu memantau perubahan tekanan darah dalam arteri dan vena. Jika berlaku perubahan, reseptor ini akan memberikan isyarat ke otak agar tekanan darah kembali normal. Otak akan menangkap isyarat tersebut dengan melepaskan hormon dan enzim yang mempengaruhi pergerakan jantung, pembuluh darah dan ginjal.
Apabila stress terjadi, yang terlepas adalah hormon epinefrin atau adrenalin. Aktiviti hormon ini meningkatkan tekanan darah secara berkala. Jika stress berpanjangan, peningkatan tekanan darah menjadi kekal.
No comments:
Post a Comment