Sunday, 17 November 2013
Tips Turunkan Berat Badan
Nak turunkan berat badan? Bukan satu kerja yang mudahkan..Perlu usaha yang gigih dan disiplin diri yang tinggi. Di sini terdapat beberapa tips bagaimana nak turunkan berat badan.
Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
Labels:
Tips Kesihatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment