Wednesday, 27 November 2013

Apa itu Protein?



Adakah anda tahu bahawa selain daripada air, protein adalah sebatian yang paling banyak terdapat dalam badan manusia? Saya akan terangkan serba sedikit apa itu Protein untuk anda.Protein terdapat dalam setiap sel dan tisu, dan bersama dengan lemak yang sihat, protein memainkan peranan penting dalam memastikan kita sihat. Kepentingan pengambilan protein untuk manusia telah diketahui sejak dulu lagi. Tanpanya anda akan kekurangan asas yang diperlukan untuk semua pembaikan tisu, enzim kritikal dan hormon yang anda perlukan di dalam fungsi metabolik, dan juga antibodi yang membantu badan anda mempertahankan terhadap jangkitan. Oleh itu, protein adalah salah satu daripada nutrien yang paling penting yang diperlukan oleh badan anda dan perlu dimakan dalam kuantiti dan kualiti yang mencukupi dalam diet anda.

Apakah Protein?

Memahami “apa itu protein” adalah perlu dalam memastikan protein yang kita ambil itu adalah benar-benar berkualiti. Memang lah semua makanan itu mengandungi protein, tetapi adakah semua protein dalam makanan itu (terutama makanan yang sudah diproses) adalah dari jenis yang berkualiti? Itu belum diceritakan lagi nisbah protein dalam makanan, kerana rata-ratanya makanan-makanan di Malaysia ini amat rendah kandungan proteinnya!





Struktur protein terbina oleh komponen-komponen kecil yang dikenali sebagai Asid Amino. Setiap protein adalah berbeza dan terdiri daripada komposisi asid amino yang berbeza. Protein yang berkualiti adalah protein yang mengandungi kesemua (atau hampir semua) asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, tetapi amat penting untuk kemandirian manusia – kelompok asid amino ini dikenali sebagai Essential Amino Acids (EAA). EAA tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, dan oleh yang demikian ia harus diperolehi sepenuhnya menerusi diet.

Cuba tanya diri anda, adakah makanan segera mengandungi kesemua EAA yang diperlukan manusia? Jawapannya tentulah TIDAK. Perlu diingatkan bahawa EAA adalah sesuatu yang istimewa, atau bahasa mudahnya “high quality“. Benda yang “high quality” tidak akan wujud sewenang-wenangnya dalam makanan yang “low quality“. Hanya sumber-sumber protein tertentu sahaja yang mengandungi kesemua (hampir semua) komposisi EAA di dalamnya. Antara yang paling mudah didapati di sekeliling kita adalah:

1. Telur
2. Susu
3. Produk berasaskan kacang soya (tempeh, tauhu/tofu)
4. Whey Protein

* Credit to Kevin Zahri

Saya adalah pengedar Shaklee di Kuching, Sarawak. Boleh membuat penghantaran melalui pos di seluruh Malaysia dan bagi kawasan Sarawak, COD boleh dibuat dikawasan Kuching dan Kota Samarahan, dan penghantaran melalui bas bagi lain kawasan di Sarawak.

Hubungi saya Lyd Othman di 019-8099621 atau email ke lydothman@yahoo.com

No comments:

Post a Comment